Nurazura binti Ismail
Ke arah kerjaya Duniawi dan Ukhrawi
Seorang Isteri dan Ibu kepada 5 cahaya mata merupakan kakitangan kerajaan. Sedang bercuti tanpa gaji menjaga anak bagi meluangkan masa melihat anak-anak membesar. Menceburi bidang Kerjaya sebagai Wakil, Perunding dan Mutawwifah dalam industri Haji dan umrah bagi memenuhi tuntutan berkerjaya dari rumah. Mula bergerak aktif dalam industri ini sejak Mei 2015 demi kerana bagi memenuhi tuntutan agama untuk menyeru seramai mungkin umat Islam untuk menjadi tetamu Allah.
Alhamdulillah berkesempatan menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2014, dan disitu bermula minat yang mendalam untuk menyeru dan mengajak seramai mungkin orang untuk menjadi tetamu Allah. Berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman di tanah suci berharap dapat berkhidmat untuk merealisasikan impian, urusan dan dan perjalanan bakal jemaah Umrah inshaa Allah. Semoga niat baik dan hasrat suci dipermudahkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment