MUKADDIMAH
Ibadah Haji dan Umrah adalah merupakan satu ibadah yang sangat besar dan menjadi rukun kesempurnaan Islam bagi seorang muslim. Sungguhpun demikian ramai di kalangan umat Islam yang menganggap bahawa ibadah ini boleh ditangguhkan sehingga usia pencen. Pelbagai alasan diberikan antara lain:-
- Tidak mendapat ingatan, dorongan,motivasi dan galakan dari sesiapa untuk melaksanakan ibadah ini
- Banyak tanggungan ddan tanggungjawab yang belum diselesaikan. beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk memikirkannya
- Tiada kewangan yang mencukupi
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) ditubuhkan khusus untuk menjadi satu platform latihan untuk melahirkan seramai mungkin profesional Islam yang berkerjaya sebagai Wakil, Konsultan dan Mutawwif Haji dan Umrah, dalam masa yang sama menjadikan ianya suatu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami. AMTC diterajui ole profesional Islam yang berwibawa serta berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang pengurusan Umrah dan Haji.
ASAS
1.Al-Quran
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:"Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebajikandan taqwa, dan jangan kamu bertolongan dalam perkaradosa dan permusuhan"
2.Maksud Hadis
"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambaNya selagi mana hamba itu melindungi dan membantu saudaranya yang lain"
VISI
Akademi Mutawwif adalah suatu platform latihan untuk melahirkan seramai mungkinmereka yang bergelar Wakil, Perunding dan Mutawwif Umrah dan Haji yang profesional. Dalam masa yang sama menjadikan ianya suatu kerjaya dengan jaminan kerjaya 100% denganbersama kami.
MISI
- Menyediakan platform kerjaya kepada umat Islam
- Mengajak umat Islam untuk melaksanakan ibadah Umrah dan Haji
- Menigkatkan taraf hidup keluarga
- Memudahkan jalan untuk menunaikan umrah/Haji dalam usia muda
- Menjadi pengeluar zakaat pendapatan yang utama
- Membantu fakir miskin terutama ahli keluarga yang susah
- Menengakkan syiar Islam yang suci dalam konsep Ibadah, Usaha, Silaturahim dan Syiar.
No comments:
Post a Comment