Friday, 19 June 2015

PENGENALAN




Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

         Dengan nama Allah. Salam perkenalan dan semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Saya Nurazura binti Ismail (W622) merupakan Wakil, Perunding dan Mutawwifah yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada bakal-bakal jemaah umrah.  Inshaa Allah di kesempatan saya menulis blog ini saya akan berkongsi peluang-peluang kerjaya dan pakej-pakej Umrah untuk perkongsian dan pengetahuan sahabat-sahabat semua.  Semoga niat dan usaha saya mendapat petunjuk dan hidayah Allah. Saya hanya mampu menyeru anda semua tetapi yang Maha Pemberi hidayah itu Allah. 
      Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 5 cahaya mata, dan saya juga merupakan kakitangan kerajaan.  Tapi demi melihat anak-anak saya membesar saya mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk meluangkan masa dengan anak-anak.  Sebagai seorang wanita yang biasa bekerja sudah semestinya menjadi sukar untuk membiasakan diri untuk berada di rumah tanpa berbuat apa-apa.  Sehinggalah saya terjumpa peluang untuk saya berkerja sambil menguruskan anak-anak dan bekerja mengikut masa saya.  Ditambah pula dengan minat saya untuk mendalami ilmu-ilmu akhirat, Saya nampak di sinilah platform yang sesuai untuk saya bertapak, dalam mengejar akhirat inshaa Allah dunia akan mengiringi saya.
         Saya berkesempatan mengunjungi rumah Allah pada 2014 dan di situlah bermula titik tolak saya untuk lebih memahami hal-hal akhirat. Di situ juga timbul minat yang mendalam untuk berkhidmat sebagai  penyeru umat Islam ke Tanah Suci.  Dan saya berharap saya mampu terus melangkah dan tidak sesekali tunduk mengalah.  Semoga niat dan usaha ini Allah terima sebagai ibadah dan menjadi saham saya di akhirat sana.  
            Di sini juga saya akan berkongsi peluang-peluang kerjaya bagi yang inginkan kerjaya duniawi dan ukhrawi.  Saya juga akan berkongsi serba sedikit tentang ilmu Umrah dan Haji yang semampu saya.  Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat kerana Allah taala.
           Sekian dahulu hingga kita bertemu lagi kerana Allah.

No comments:

Post a Comment