Thursday, 9 July 2015


PUTRAJAYA ISLAMIC TOURISM FESTIVAL (PITFEST) 2015

Menurut Pusat Pelancongan Islam Malaysia (ITC), pelancongan Islam semakin berkembang pesat kini di serata dunia.  Ia mewakli pasaran khusus terbesar yang belum diterokai dalam pelancongan global khusunya bagi pelancong Islam.Terdahulu, pelancongan Islam hanya meliputi perjalanan keagamaan seperti Umrah dan Haji.  Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, istilah ini telah diperluaskan kepada golongan Muslim yang melancong untuk tujuan perniagaan dan juga percutian

Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 (PITFES 2015), akan diadakan pada 28 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Putrajaya International Convention Center.  Ia akan menjadi satu-satunya acara yang memfokuskan kepada pelancongan Islam di Malaysia di mana lebih 200 gerai jualan melibatkan agensi pelancongan badan-badanyang berkait rapat denganindustri pelancongan khusunya Haji, Umrah dan Muslim Tours.

Acara julung kalinya ini diadakan bertujuan untuk menjadi platform buat agensi pelancongan tempatan untuk mmperkenalkan produk pelancongan Islamdi Malaysia terutamanya dan antarabangsa secara amnya.  Ini juga termasukla pakej-pakej Umrah dan Haji yang ditawarkan oleh agensi tempatan.

Selain itu PITFEST2015 turut menyajikan aktiviti-aktivitiyan g menarik sepanjang tempoh acara ini. Diantaranya ialah seminar oleh para penceramah undangan antrabangsa.  Mufti Ismail Menk dan Bilal Philips. Simulasi untuk Haji dan Umrah akan dijalankan di dewan utama bagi menggalakkan penglibatan masyarakat Islam yang muda untuk mengerjakan Haji atau Umrah dalam usia muda. Penghayatan dalam konsert amal "Route to Haramain" yang bakal memberi impak yang kuat ke dalam industri Haji dan Umrah yang akan diadakan pada sebelah malam program.

Acara PITFEST2015 disokong padu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOCAT) dan Koperasi Usahawan Haji dan Umrah Selangor Berhad, bersama Perbadanan Putrajaya.


Sunday, 21 June 2015

SEJARAH HAJI


Bismillahirrahmanrrahim

      Dari segi sejarah ibadah Haji ialah syariat yang dibawa oleh jujungan Nabi kita Muhammad s.a.w sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s.  Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud:

"Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

     Pada tahun tersebut Rasulullah s.a.w bersama-sama lebih kurang 1500 telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu Haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisysehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
     Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya (Tahun ke-7 Hijrah), Rasulullah telah mengerjakan umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 umat Islam mengerjakan Haji.
      
RASULULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI

      Nabi kita Muhammad s.a.w telah menunaikan fardhu Haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/HijjatulBalagh/Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas Haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat.  Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
      Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan.  Baginda berangkat ke Mina pada 06 Zulhijjah dan bermalam di situ.
       Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib Haji hingga 13 Zulhijjah.  Dan pada 14 Zulhijjah , Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

PERISTIWA SEMASA HAJJATUL WADA'

Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlakudiantaranya ialah seperti berikut: 
  • Rasulullah s.a.w minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  • seorang sahabat jatuh dari binatang tunggangannya lalu mati.  Rasulullah s.a.w menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kaafannya.  Sabda baginda pada ketika itu bahawa "Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  • Rasulullah s.a.w menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan "Apakah itu Haji?". sabdanya  yang bermaksud "Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan Haji.
  • Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud                                                                                                                                                                                     "Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami".
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan Haji dengan pengorbanan. Baginda bersamasahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding kita hari ini menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang dari 9 jam.  ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusah di Tanah Suci kelak.






Friday, 19 June 2015

SIJIL ASAS MUTAWWIF

KURSUS ASAS MUTAWWIF "SAM"

Satu Rumah Satu Mutawwif / Mutawwifah

    OBJEKTIF KURSUS


    i) Mutawwif sebagai kerjaya dan profession terunggul
    ii) Meningkatkan bilangan Mutawwif/ Mutawwifah bertauliah
    iii) Mengembangkan aktiviti Mutawwif ke peringkat yang lebih jauh dengan jaminan kerjaya bersama AMTC Group of Companies & Travel Agency lain

    KEISTIMEWAAN KURSUS

    √ Umrah PERCUMA setiap tahun sebagai Mutawwif/Mutawwifah terlatih
    √ Berpeluang mengerjakan HAJI Swasta kurang dari 5 tahun
    √ Menjana potensi pendapatan sambilan melebihi RM2,000 setiap bulan

    Captionless Image

    MODUL KURSUS

    1. Fiqh Umrah & Haji
    2. Isu & Fatwa semasa berkaitan Haji & Umrah
    3. Bengkel berbahasa Arab
    5. Tugas & ciri seorang Mutawwif/Mutawwifah
    4. Penghayatan Sirah Makkah & Madinah
    6. Kelangsungan Kerjaya dalam industri Umrah & Haji sebagai Mutawwif/Mutawwifah professional
    ****** JEMPUTAN KHAS! Tenaga Pengajar Pakar dalam industri Umrah & Haji

    Captionless Image

    KELAYAKKAN PESERTA

    √ Taraf pendidikan tidak terhad
    √ Pengalaman mengerjakan Umrah tidak diwajibkan
    √ Berumur 18 tahun keatas
    √ Minat & serius untuk belajar dan di bimbing sebagai mutawwif

    JANGKA MASA KURSUS

    3 hari, Jumaat, Sabtu & Ahad
    bermula 8.30 pagi - 5.30 petang
    -penginapan tidak disediakan
    -kupon makan tengahari sahaja disediakan

    TERMA, SYARAT & KELAYAKAN

    Oleh kerana permintaan peserta sangat menggalakkan, Pihak Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) akan memilih calon peserta yang dapat memberi sepenuhnya komitmen dalam menyertai Kursus Sijil Asas Mutawwif (SAM) di bawah Tajaan AMTC Travel & Tours Sdn. Bhd.
    Bagi memberi peluang kepada lebih ramai calon peserta untuk menyertai Kursus Sijil Asas Mutawwif (SAM) pihak penaja telah membuat ketetapan berikut:-
    2) Yuran komitmen kursus sebanyak RM395.00 tersebut akan dikembalikan sepenuhnya apabila setiap peserta berjaya mendaftarkan sekurang-kurangnya 5 orang jemaah untuk pakej Umrah Standard 2015 / 2016. Cth: Anda berjaya mendaftarkan minimum 5 Jemaah, maka anda akan terima :-
    1) Setiap peserta hanya perlu menyediakan yuran komitmen (akan dikembalikan) sebanyak RM395.00 SAHAJA (Yuran asal adalah sebanyak RM1,495.00) Anda jimat RM1,100.00! a. Yuran Kursus RM395.00 b. Komisyen setiap Jemaah RM200.00 x 5 Jemaah = RM1,000.00 Jumlah yang akan anda diterima ialah RM1,395.00
    4) Setiap peserta yang telah tamat Kursus Sijil Asas Mutawwif (SAM) akan mendapat tawaran istimewa seperti berikut:
    3) Setiap peserta akan didaftarkan secara PERCUMA menjadi Wakil AMTC (layak menyertai Kursus SBK & Bimbingan Kerjaya selama 1 hari) dan mendapat segala manfaat sebagai Wakil AMTC melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.(Anda jimat RM100.00) a. Apabila anda berjaya memperkenalkan seramai 20 orang jemaah dalam satu group maka anda layak menunaikan Umrah secara PERCUMA sebagai Mutawwif / Mutawwifah AMTC b. Mendapat Ujrah sebanyak RM200.00 bagi setiap jemaah (RM200.00 x 20 orang = RM4,000.00)
    *Nota Penting: YURAN Kursus akan kekal pada harga RM395.00 (PENJIMATAN RM1,100 walaupun anda GAGAL melaksanakan sebarang usaha memperkenalkan Jemaah untuk menunaikan UMRAH sehingga akhir December 2016)
    c. Mendapat Elaun harian sebagai petugas@Mutawwif sepanjang tempoh menunaikan Umrah sebanyak RM100.00/malam (Cth: RM100.00 x 10 malam = RM1,000.00)

    "Now... InsyaAllah Every Year We Can Perform Umrah!" ✈

    TESTIMONI PESERTA SAM

    TESTIMONI PESERTA SAM

    Haji Zaini Bin Atan

    INFO PENDAFTARAN

    Segala pembayaran boleh dibuat melalui akaun berikut :-
    AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY
    Segala pertanyaan bolehlah diajukan ditalian:
    CIMB ISLAMIC : 8600842981 MAYBANK : 562834616066

    013-2772165 (Hotline Unit Pemasaran)

    Sila .isi butir-butir di bawah untuk pendaftaran penuh

    *KHAS untuk 50 orang PERTAMA setiap sesi sahaja

    MAKLUMAT TERKINI

    BERHUBUNG TERUS
    Puan Nurazura Ismail
    Consultant & Wakil AMTC
    Ahli Koperasi Usahawan Haji Umrah
    Add FB : Nurazura Ismail
    Whatsapp : 013 2772165
    HotLine:013 2772165

PENGENALAN




Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

         Dengan nama Allah. Salam perkenalan dan semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Saya Nurazura binti Ismail (W622) merupakan Wakil, Perunding dan Mutawwifah yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada bakal-bakal jemaah umrah.  Inshaa Allah di kesempatan saya menulis blog ini saya akan berkongsi peluang-peluang kerjaya dan pakej-pakej Umrah untuk perkongsian dan pengetahuan sahabat-sahabat semua.  Semoga niat dan usaha saya mendapat petunjuk dan hidayah Allah. Saya hanya mampu menyeru anda semua tetapi yang Maha Pemberi hidayah itu Allah. 
      Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 5 cahaya mata, dan saya juga merupakan kakitangan kerajaan.  Tapi demi melihat anak-anak saya membesar saya mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk meluangkan masa dengan anak-anak.  Sebagai seorang wanita yang biasa bekerja sudah semestinya menjadi sukar untuk membiasakan diri untuk berada di rumah tanpa berbuat apa-apa.  Sehinggalah saya terjumpa peluang untuk saya berkerja sambil menguruskan anak-anak dan bekerja mengikut masa saya.  Ditambah pula dengan minat saya untuk mendalami ilmu-ilmu akhirat, Saya nampak di sinilah platform yang sesuai untuk saya bertapak, dalam mengejar akhirat inshaa Allah dunia akan mengiringi saya.
         Saya berkesempatan mengunjungi rumah Allah pada 2014 dan di situlah bermula titik tolak saya untuk lebih memahami hal-hal akhirat. Di situ juga timbul minat yang mendalam untuk berkhidmat sebagai  penyeru umat Islam ke Tanah Suci.  Dan saya berharap saya mampu terus melangkah dan tidak sesekali tunduk mengalah.  Semoga niat dan usaha ini Allah terima sebagai ibadah dan menjadi saham saya di akhirat sana.  
            Di sini juga saya akan berkongsi peluang-peluang kerjaya bagi yang inginkan kerjaya duniawi dan ukhrawi.  Saya juga akan berkongsi serba sedikit tentang ilmu Umrah dan Haji yang semampu saya.  Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat kerana Allah taala.
           Sekian dahulu hingga kita bertemu lagi kerana Allah.